Serba tidak kena nampaknya jika diri bergelar selebriti. Awal Ashaari & Scha al-Yahya baru baru ini telah didesak segelintir peminat untuk berkongsi gambar anak sulung mereka namun kedua dua mereka nampaknya ada pendirian sendiri dalam hal ini.
Menerusi Instagram beliau, Awal Ashaari memaklumkan yang mereka hanya akan kongsikan foto atau wajah anak sulung mereka selepas isterinya, Scha al-Yahya habis berpantang 44 hari menerusi hashtag #abispantangbarubolehkenal.
Comelnyaaaaaaaaaaaaaaa. Eeeee. Rasa nak cubit-cubit je anak Awal dan Scha ini. Nama penuh si comel ini ialah Lara Alana Ahmad Awaluddin. Serius mata besar sangat. Gambar Lara Alana ini diambil ketika berusia 2 minggu. Sekarang ini confirm lagi comel kan? Tak sabar nak jumpa depan-depan. Nak cubit.
Terima kasih diucapkan kepada Awal dan Scha kerana menepati janji untuk berkongsi wajah puteri kesayangan mereka di laman sosial. Pasti para peminat sedang gembira dan seronok sangat dapat menatap wajah Lara Alana. Sama-samalah kita doakan agar Lara Alana membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak. Amin.
No comments:
Post a Comment