Terdapat banyak aplikasi-aplikasi di Play Store yang mengatakan boleh menemukan semula telefon yang hilang. Tapi kebanyakan aplikasi ini sukar digunakan. Terbaru penulis terjumpa satu aplikasi yang begitu mudah digunakan, malah lebih efektif dari aplikasi-aplikasi lain.
Aplikasi LockWatch merupakan satu aplikasi android yang mempunyai cara mudah dan berkesan untuk menjejaki pencuri. Kelebihan aplikasi ini adalah, ia akan mengambil gambar selfie si 'pencuri' apabila dia memasukkan kod keselamatan atau 'pattern' yang salah.
![]() |
Aplikasi ini mendapat 4.5 bintang di PlayStore dan rata-rata komen dari pengguna adalah positif. |
- Telefon anda hilang atau dicuri
- Pencuri itu cuba membuka telefon anda dengan kod atau pattern yang salah
- LockWatch akan mengambil gambar 'selfie' pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon anda berada.
- LockWatch dengan serta merta menghantar emel kepada anda berserta dengan gambar pencuri terbabit.
Kalau dah ada gambar muka si pencuri, nak apa lagi? Bagi sahaja pada polis, pasti mereka boleh selesaikan..
Aplikasi ini patut menjadi salah satu aplikasi wajib di dalam telefon android anda. Aplikasi ini turut menawarkan notifikasi emel yang sama apabila kad sim ditukar! Tapi ciri itu hanya ada pada versi premium. Tapi apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk keselamatan telefon anda kan? - SiakapKeli.com
No comments:
Post a Comment