Friday, 1 May 2015

Tuan Paling Penyabar, Bawa Kura-Kura Gergasi Bersiar-siar di Bandar Tokyo


Seorang lelaki tua sering dilihat berjalan-jalan di sekitar bandar Tokyo, Jepun bersama-sama haiwan peliharaannya seekor kura-kura gergasi.

Melihat dari kemesraan mereka, penduduk tempatan disekitar kawasan tersebut menganggarkan pemilik haiwan ini sudah bersama dengan haiwan gergasi itu dalam jangka masa yang cukup lama.

Menariknya, kura-kura itu sering dipakaikan baju yang cipta khas dan lelaki itu dianggap seorang tuan yang paling penyabar kerana berjalan bersama-sama seekor spesis yang berjalan sangat perlahan.









OHMEDIA: Persahabatan yang sangat comel.


------------------------------------------------------------



https://www.facebook.com/ohperfumenista


Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

(Gambar) Aksi Remy Ishak dan Gadis Cantik Berasmara Atas Batu


Lama tak dengar cerita tentang pelakon macho hitam manis, Remy Ishak. Baru-baru ini Remy menafikan dakwaan yang dia telah bertunang namun sebenarnya majlis pertunangan yang maksudkan adalah pertunangan bongsu adiknya.

Sementara itu, muncul dua keping gambar kelihatan Remy sedang bermadu asmara dengan seorang gadis diatas batu. Adakah gadis tersebut adalah cinta hati Remy?

Sebenarnya, ia merupakan salah-satu babak yang dalam filem terbaru Pilot Cafe yang dilakonkan bersama Izara Aisyah. Menurut Remy babak tersebut merupakan yang paling mencabar yang pernah dilakonkan.

"Babak saya dan Maya (lakonan Izara Aishah) berasmara antara babak mencabar pada saya. Babak itu di mana kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran babak itu, ombak sangat besar.

"Sebelum buat babak itu aya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu. Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut.

"Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang yang ada di celah batu tersebut dan mengalami pendarahan. Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu," kongsinya kepada Malaysian Digest.



Filem Pilot Cafe ini turut diterajui oleh barisan pelakon hebat antaranya, Neelofa, Fahrin Ahmad, Datuk Eizlan Yusof, Keith Foo, Aisyah ilyas, Ainul Aisyah dan ramai lagi. Filem ini dijadualkan akan mula ditayangkan di pawangan pada 30 April ini.

OHMEDIA: Filem Malaysia dah macam filem Bollywood dah zaman sekarang. Dah tiada batas langsung.

(5 Gambar) Rakyat Malaysia Terbukti Kreatif, Cipta Myvi Dua Alam




Rakyat Malaysia sememangnya kreatif. Ada sahaja yang dicipta dan diubah suai untuk mencipta kelainan dan keunikan tersendiri. 



Lihat sahaja tiga gambar sampan dan dicipta dengan replika kereta produa Myvi ni. Cantik dan unik.  












OHMEDIA: Sesiapa ada info kreatif seperti ini, kongsikan bersama kami di whatsapp 012-923 1562

(Tahniah) Hanez Suraya Kini Hamil Setelah Pulang Dari Umrah?


Alhamdulillah, nampaknya pelakon Hanez Suraya tidak perlu menunggu lama untuk menimang cahaya mata kerana kini dia disahkan telah hamil.

Berita gembira itu dikongsikan oleh adiknya Hanez Safira melalui laman sosial Instragram dan mengucapkan tahniah kepada Hanez Suraya diatas berita itu.

Walaubagaimanapun, Hanez yang baru sahaja pulang dari menunaikan umrah baru-baru ini belum lagi mengeluarkan pengesahan mengenai berita ini. 



Hanez yang berkahwin dengan Romie Razin yang merupakan duda anak dua pernah menyatakan hasrat untuk memiliki anak sendiri walaupun telah memiliki dua anak tiri hasil perkahwinan suaminya yang terdahulu.

Mungkin ini dinamakan rezeki selepas menunaikan umrah dan penghijrahan Hanez. Tahniah buat Hanez dan suami.

 

(6 Gambar) Bayi Tertimbus 22 Jam di Nepal Dijumpai Hidup


Seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemui selamat dan masih hidup walaupun tertimbus dibawah runtuhan pasir dan bangunan selama 22 jam akibat gempa bumi yang melanda Nepal baru-baru ini.

Bayi yang ditemui dalam selaput debu oleh pekerja penyelamat apabila mendengar tangisan kecil bayi itu sebelum pengsan. Bayi luarbiasa yang bernama Sonit Awal itu dilaporkan dalam keadaan stabil.











OHMEDIA: Kuasa Allah. Besar cinta Allah pada golongan ahli syurga ini.


--------------------------------------------------------


https://www.facebook.com/ohperfumenista 

Promosi hebat di Oh! Perfumenista

Hanya RM110 sahaja untuk 2 Perfume. FREE POSTAGE + FREE TESTER

Boleh campur brand

Whatsapp - 0122553390